~Tabung Semalu SK~

Monday, December 21, 2009

~Persaraan KSU~

Cantik gubahan indah jambangan
Campuran berseri kenanga melati
Budi dan jasa  jd  kenangan
Insan sepertimu,manakan ku cari ganti

wah wah wah....
bkn main bpantun  bagai kan....
hurm..
tah la..
tataw  nak  describe  mcmana  entry  kali nih....
entry nih ttg  persaraan  Ketua  Setiausaha  kementerian aku..

Tan Sri Faizah Mohd  Tahir....

Selamat  Bersara  Tan  Sri..moga  Tan Sri  d kurniakan kesihatan  yg  berpanjangan  dan bahagia  selalu...

pada  majlis  kali ini...aku  diamanahkan untuk  mendeklamasikan sajak khas utk Tan Sri...aku  berduet  dgn En Naharudin - Timbalan Pengarah LPPKN....di  iringi gesekan  biola  oleh  En  Yusni (Orkestra  Petronas)....mendayu2...menyayat  hati....
sebak  weyh  masa  aku  deklamasikan nih..hampir2 aku menangis....
tp  dapat ku tahan...
apa2pun....aku tujukan sajak ni utk Tan Sri....
Sajak ini  di tulis  oleh  Elfian & Fren...credit  2  him...

BUKAN CALANG INSAN ITU

Bermula jejak penuh sopan
Gayanya penuh anggun menawan
Selalu trampil indah pekertinya
Senyumnya manis girang tawanya
Ayu rautnya bak nak dara rindu
Harumnya menusuk melekat di kalbu
Mulus gebunya umpama umbut dilurut
Bukan calang insan itu

Dialah permata intan payung pengubat jiwa
Dialah nakhoda samudera membelah lautan
Dialah guru menyusur denai panduan
Dialah teman tawa bersenda
Tulus hadirnya penuh dirasa
Bukan calang insan itu

Tiada lagi kulihat senyuman itu
Tiada lagi kudengar bunyi tawa senda
Tiada lagi kutembung kelibatnya
Tiada lagi kusisip bicara
Tiada lagi galang ganti
Dia di mana kucari lagi?

Bila berpisah rasa terseksa
Bila berpisah hati gelisah
Bila berpisah terasa luluh
Bila berpisah bertambah rindu
Bila bertemu tidak kujemu
Ingin lagi aku bertemu
Umpama dia dalam benakku
Bukan calang insan itu

Kami melihat rama-rama bersatu
Kami mendengar lebah-lebah berlagu
Kami memaut lalang-lalang memanjang
Kami mendongak bintang-bintang gemerlapan
Kami mengerling untai-untai jemeki
Kami tunduk menyeka air mata bergenang.

Ya Tuhan
Makbulkanlah
Agar dihimpunkan segala kebahagiaan
Agar dimudahkan segala perjalanan
Agar dilapangkan segala kehidupan
Agar diberikan segala kasih sayang
Untuk insan itu
Menjengah hari-hari mendatang


Kerna ”BUKAN CALANG INSAN ITU”


hasil pena:-

Elfian Satria Yaacob
Nur Izwan Hanafi Zaini



da dewan

da setting

da  backdrop

life band KPWKM

da  bunting

da venue

da performance

da  cake

buku  otograp

special for her

En Yusni si penggesek biola

En Naharudin n Yusni

view  dr  tingkat 21 LPPKN

Lagi  view  dr tingkat 21

da tuan rumah

ucapan minister

yang di raikan..Tan Sri Faizah Mohd Tahir-I  Lap  u  Tan Sri

da  koir

da  crowd

potong  pulut  kuning (purple  sbnrnya) :D

poem....

No comments: