~Tabung Semalu SK~

Wednesday, December 15, 2010

~Malam Anugerah KPWKM~

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,



Seperti yang Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan sedia maklum, KPWKM akan mengadakan Malam Anugerah KPWKM pada ketetapan berikut:


Tarikh : 15 Disember 2010 (Rabu)
Tempat : Grand Ballroom, Renaissance Hotel
Masa : 7.00 malam
Tema : Masquerade/Bersesuaian


Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Y.Bhg. Dato’ Dr. KSU telah bersetuju untuk memberi pelepasan awal kepada pegawai dan kakitangan Kementerian, Jabatan dan Agensi yang akan menghadiri majlis tersebut. Bagi tujuan itu, pegawai dan kakitangan tersebut dibenarkan untuk pulang pada jam 4.00 petang dan dikehendaki hadir ke Hotel Renaissance pada jam 7.00 malam.




Ha.....ada  nampak  itu email?
dari pihak  urusetia  yg memaklumkan  ttg majlis  Dinner  kementerian  mlm ni....
sejak  3 4 hari  lepas aku dok pening.....nak pakai  apa  la.....costum  apa nak  cari.....korg  tgk la  temanya  tuh...bikin pengsan....mujur  ada nih.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Untuk makluman Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan, semua pegawai dan kakitangan yang hadir ke majlis tersebut dikehendaki memakai pakaian “masquerade”. Bagi pegawai dan kakitangan yang tidak mempunyai pakaian “masquerade” untuk malam tersebut, mereka boleh mengenakan pakaian tidak rasmi manakala topeng (mask) turut akan disediakan oleh pihak Urus setia di Hotel Renaissance.

Hahahahahah....ilang  sakit  kepala  aku....
bagus  tul  la  dorg  kan...
siap sediakan mask  lagik...
ok  kwn2...
jom bertopeng  mlm ni jom...



tata




No comments: