~Tabung Semalu SK~

Wednesday, May 15, 2013

~Antologi Sepi~

Walang Hati

Walanglah sudah hati
mengusung bayang sendiri
menjinakkan rajuk yang meredam dalam
berlipat dalam diam
tersemat bekal buat azimat
memaku biarku kuat.

Raunglah sudah hati
azimat tak terpujuk
menangis lagilah aku

bulan pun diam malas melagukan
bintang pun kelam malas menyairkan.

Rajuklah terus hati
diam sendiri
senyum masih lagi berbaki
tangis masih belum kering lagi.

No comments: